Sondag 23 Junie 2013

SEDEKAH DAPAT MERINGANKAN BEBAN ORANG LAIN


Sahabatku, mungkin sudah terlalu sering kita mendengar bahwa bersedekah yang dapat meringankan beban orang lain dan menyelamatkan kita daripada api neraka. 

Sebagaimana hadist Rasulullah Muhammad Shallallahu Alayhi Wassalam :

 “Sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api” (Hadis Riwayat At Tirmidzi)


Dalam amalan bersedekah, kita perlu melakukannya dengan ikhlas karena Allah, bukan disebabkan balasan nama atau sekedar bersedekah saja. Supaya bersedekah tidak menjadi sia-sia, Islam mengajarkan umatnya menyumbang dan bersedekah menepati arti sedekah yang sebenarnya. 

Beberapa hal perlu diambil perhatian dan tindakan demi kesempurnaan bersedekah.



Pertama: 
Barang yang disedekahkan itu hendaklah yang terbaik baik, masih bagus dan tidak malu untuk dipakai  kembali (boleh dipakai). Adalah tidak wajar dan paling tidak munasabah barang yang disedekahkan itu tidak mau kita gunakan sendiri, tetapi lantas kita sedekahkan Biarlah bersedekah dengan barang yang disenangi penerima. Allah melarang bersedekah dengan benda yang tidak baik karena bersedekah adalah ibadah dan tanda mensyukuri nikmat Allah kepada kita hamba-Nya.



“Wahai orang yang beriman! Belanjakanlah pada jalan Allah sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat, padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu kalau diberikan kepada kamu, kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi senantiasa terpuji.” (Al-Baqarah ayat 267)



Kedua: Sesuatu yang disedekahkan ialah yang halal, bukan haram atau subahat.



Ketiga: Sunat bagi pemberi sedekah, bersedekah dengan barang atau benda yang disukai dan disayangi, 
apakah itu dalam jumlah  sedikit ataupun banyak.



“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.” (Al-Imran ayat 92)



“Dari Adiyie Hatim Radiallahuanhu berkata: Saya mendengar Rasulullah Muhammad Shallallahu Alayhi wassalam bersabda: Takutlah kamu akan api neraka walaupun dengan (bersedekah) separuh buah kurma.” (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).



Hadis ini menunjukkan amalan bersedekah walaupun hanya separuh buah kurma sungguh dapat  menyelamatkan kita daripada api neraka.



Keempat: Bersedekah disertai dengan keikhlasan, bukan mengungkit, bahkan menyakiti hati orang yang menerima sedekah kerana perbuatan ini haram dan merusakkan amalan bersedekah.



“Wahai orang yang beriman! Jangan rusakkan pahala sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan kelakuan yang menyakiti seperti rusaknya pahala amalan sedekah orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riya) dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat.



tetapi juga harus diingat bahwa jangan menjadikan perkara riya ini menjadi alasan kita untuk tidak bersedekah, terlebih menjadikan sedekah sebagai syiar dan upaya penyelamatan ummat dari kefakiran dan kekufuran. Karena ada yang beralasan takut Riya dan tidak ikhlas maka Takut bersedekah atau saya telah bersedekah tanpa sepengetahuan orang lain. 



Kelima: Sedekah yang diberikan secara sembunyi lebih afdal, ibarat tangan kanan yang memberi, tangan kiri tidak mengetahuinya. Perbuatan ini dekat kepada keikhlasan dan jauh daripada riya karena sifat ini boleh merusakkan amalan sedekah. Tiada gunanya bersedekah jika hanya mau mendapat pujian dan dikatakan pemurah karena dengan keikhlasan sahajalah ganjaran pahala diperoleh. Sesungguhnya Perkara keikhlasan adalah berpulang kepada diri dan hati kita masing-masing. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kita perbuat. 



“Jika menampakkan sedekah kamu, ini sangat baik, tetapi jika kamu merahasiakannya, dan memberikan orang fakir, maka itu lebih baik bagi kamu dan akan melepaskan kamu daripada kejahatan kamu; Allah menyadari, Maha Mengetahui apa yang kamu buat” (Al Baqarah – 271).



Keenam: Sedekah tidak mengurangkan harta, sebaliknya menambah harta dan menjauhkan kefakiran, kekurangan dan kesempitan. Allah akan gantikan dengan yang lebih baik.



“Katakanlah wahai Muhammad sesungguhnya Tuhan-Ku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya antara hamba-Nya dan Ia juga yang menyempitkan baginya, dan apa saja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dia sebaik-baik pemberi rezeki” (Saba’ – 39).



Ketujuh: Sedekah membersihkan harta dan menyucikan diri kita.



“Ambil sedekah daripada harta mereka untuk membersihkan dan menyucikan mereka dan doakanlah mereka. Sesungguhnya doa engkau itu menjadi ketenangan hati mereka. Allah maha mendengar lagi maha mengetahui” (At Taubah-103).



Ayat itu menjawab dua masalah utama yaitu apa yang harus disedekahkan dan mengapa umat harus bersedekah. Sedekah adalah untuk membersih dan menyucikan (jiwa) dan disedekahkan daripada harta atau benda yang dimiliki.



tentang sedekah dan orang yang tidak mendapati sesuatu melainkan tenaganya 
(usaha mereka)” 
(QS At Taubah - 79)

Geen opmerkings nie:

Plaas 'n opmerking