Mungkinkah Engkau Masih Hidup
Salah seorang anak
Umar bin Khattab telah diejek dan dibuli oleh teman-temannya kerana
memakai baju yang bertampal-tampal dan buruk.
“Tidak ada gunanya mempunyai ayah menjadi kepala negara, bajunya tampak seribu,” kata teman-teman anak Umar.
Kerana
sudah tidak tahan dengan ejekan teman-temannya, anak Umar itu pun
mengadu kepada ayahnya. Khalifah Umar sangat kasihan kepada anaknya yang
mengadu itu, tapi beliau tidak dapat berbuat apa-apa. Maklumlah beliau
tidak mempunyai simpanan apa-apa, sedang gajinya sebagai kepala negara
hanya 1 dirham saja sehari dan ketika itu belum sampai masa gajian. Umar
pergi ke Baitul Mal untuk meminjam sedikit wang dan berjanji akan
membayarnya pada bulan depan apabila sudah menerima gaji.
“Bukan
saya tidak mahu mengeluarkan wang Baitul Mal, tapi apakah Amirul
Mukminin sudah yakin masih akan hidup sehingga bulan depan? Dan jika
Amirul Mukminin mati sebelum sampai masa gajian yang akan datang, siapa
yang akan membayarnya? kata petugas Baitul Mal.
Mendengar
itu, menangislah Khalifah Umar bin Khattab sehingga air matanya menetes
membasahi pipinya. Beliau tidak jadi untuk meminjam uang dan pulang
dengan perasaan sedih sambil mengenang kematian.
Tulisan Al Ustadz Jefri Al Bukhari
di situsny Ustadz uje Center
Geen opmerkings nie:
Plaas 'n opmerking